CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, December 30, 2010

WC ♥


POYO DAN POYO itu saya ! why ? coz aku mmg poyo nak wat cmne HAHAHA.
org nak ber wab cam aku pon sebok !last2 wc kat lap top aku nih jd perhiasan je HHAAHAH

Monday, December 27, 2010

OMG - oh ! mnympah giler

ASSALAMUALAIKUM :D
wuhuu.. lame gilak ta update blog. HAHA ta tawu ngape malas lak nak bukak blog. mmndgkan tenet kemaen lmbap gila babeng, haiihh kne tuka UNIFI ni HAHA. ada duet kaa ? tunggu aku keje dulu HAHA.

ni nak mngadu dombaa sikit kat blog nih hehe. senanya an da 5 hari demam . terbaek HAHA. aku ni dmam mcm ta demam aktif semacm je. suspek denggi ? oo man. HAHA. tapi semua itu tipu blaka. suspek je . skrg da kmbali pulih dan tak lame lg aku da buleh la hang out lg. cett gara gara dmam ini ta dpt la nak blnja sani tgk wyg 3D punye huh. terpaksa tunggu sani cuti kerje lg . aiyoo. oke la ta tawu mahu bilang ape sihh . tata ;DD

p/s malaysia lwan indonesia 3-0 . MLYSIA MNG HUHU

Monday, December 20, 2010

khas buat syahidatul akmal yg sedang kebohsanan :)

Assalmualaikumm ya ahli kubur ... 
eh eh eh. tersyasyul pula huhu
Assalamualaikum :)
entry kali ini di tujukn khas kpd cik puteri bongsu 5 beta kita nih. sebb die kate die rndu nak baca blog aku. woohoo ~ ta sgka aku spnjg aku mnulis  blog ini ade org yg mnnti nnti entry baru dr aku. lalalala.
HAHAHA. okey aku mmg suka mmperasankn diri. hak3

dah lama tidak mnaip . mcm dah khilangn idea idea untk mnulis. sudah tidak ade floww da HAHA. tersekat sekat mnaip nih. spnjg ketidak beradaan aku di dlm dunia blog nih sebenanya aku tgk khusyuk mmbaca. oo man. teha mmbaca ? ini sesuatu yg di luar jgkaan. HAHA. selalunya aku lah budak paling malas mmbaca. selain buku pelajaran mana aku nak baca buku tebal tebal nih . tgk la buku nilam aku dr start form 1 sampai la da abes skolah dua helai je terusik. itupon sbb kne paksa ngn cikgu dulu HAHA. 
naakk tahuu aku baca novel. fuiyoooh ~ HAHA. dulu pernah sekali kawan (awa) aku kasi aku try baca novel cinta .hehe.aku baca pon skip skip then , aku pulangkn HAHA. novel yg aku baca uh sebenarnya org kasi ade dua buah. dah berzaman dah kat umah aku tp mmndgkn aku malas mmbaca aku biarkan ia dipndg sepi di ceruk almari . 

daann, hr niee novel yg aku baca tuh hilang . aku tawu mlm td aku letak ats katil sbntar . then. bila aku masuk die dah hilang. mesti ade org jeles nih. HAHAHA. lg 6 ke 7 muka surat je lg nak abis. adoiih. aku rase org sorok coz tak thn tgk aku bergelumng dgn buku dr pg sampai mlm HAHA, dduk dlm bilik sorg2 ttp pntu . then, kalau lapar or nak solat baru la turun HAHA. 

pulangkan buku kuu. pulangkan.. pulangkan .

p/s ; aku tak baca la novel cintan cintan nih. hehe. aku baca novel aksi. woohoo ~

Thursday, December 16, 2010

kami budak jahat . HAHA

ASSALAMUALAIKUM ..
hooyeahh hooyeaahh. setelah pnat edit fuhh. akhirnya siap juga. hehe, eleh, edit pon stakat gitu gitu je nak kecoh HAHA. well teha dape ta knal an ? ckp gebang lbeyh. huhu itulah teha. HAHA
okk bila teha merapu susah untuk berhnti. biasalah gila bahsa gamaknya HAHA. -gamak ? ayt shy ;p
huhu.

senannya, 13hb dec hr tu aku dan nurul akmar bt zamri telah pergi ke key el.. ehh jgn melatah dulu. kami bukan pergi suka suka yea. kami pergi hnya mnenmnkan kakak nye interview kerje kat bukit bintang. huhu. tiadaa istilah tidak mngajak or whatt oke. kami pergi tnpa dirancg. aku yg mnggatal nak ikut akmar . hehe. hope kakak die mndpat jawatn tersebut amiinn.
kami mnaiki bas tuh. pastu kami naek teksi sbb sala naek bas HAHA. lawak lwak. nmpk sgt ta biase g sana.
mula mula kami pergi ronda TS. bukan tandas sekolah ye tp times square hehe. poyo poyo . biase ar second time pegi n kawan slalu nye g ngn family je. fes time pegi time drjh 6 lpas UPSR same kawan kwan. HAHA. tp naek kete. ni fes time nek bas HAHAH.

then, kami sesat fine -.- kami ta tawu nak seberang gi sungei wang. HAHA. slpas bersusa payah baru jumpa laluan nye HAHA. abes berpluh ats bawah HHAA.pas tu mula la perut aku wat concert rock coz ta sarapn dr pg td. HAHA. bpak ar time tu da pukul 2.00 ta mkn satu pe lg. AWESOME !
next, g la tmpt tujuan utama kami iaitu tmpat yg mnwarkn pekerjaan kpd kakak akmr. sementara mnunggu kami pon berposing. hehe. mcm biasala HAHA




Sunday, December 12, 2010

sebelum meninggalkn


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan


Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia


Saturday, December 11, 2010

afghan - ku bersujud pada-Mu

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Friday, December 10, 2010

sedia berkhidmat !

assalamualaikum...
tokk tokk tokk. huhu. siape tuh . hehe pehal aku mnggedik nih -.- ? HAHA. senanya td aku baru pulang dr mnjlnkn tanggungjwb sbg ahli kelab spbt huhu. walaupon aku hnya la bendahari -chewaah mahu juga btau jawatan tu huhu. eleh skadar bendahari na kecoh an ? an ? haha. OKEY stop usah merapu lg.
pelbgai aksi yg telah dirakam kn. semua hasil bidikan dr tgn nurul akmar bt zamri dan yg gmba ta senonoh senonoh tu nur solehah yg snap HAHA. sepanjang dua tahun mnjd ahli kelab nih. walaupon pkerjaan nye nmpak sungguh mmboring kn tp kalau ikhlas semua best. bule bergelak tawa bersama rakan rakan di bilik spbt sgt meneruja kn. kalau na tawu mural yg kat lua bilik spbt tu la hasil kerja kawan kawan dan aku, siap ade nme lg hehehe. poyo gila. HAHAH. nah nah saksikan gmbar dr bidikan akmar dn solehah :D
pengerusi kami :D
hasil bidikan akmar :)

naib pngerusi xD
wajah leha selepas diedit oleh aku ;D

lihat la longgokan buku di blkg itu huhu

jgn fikir negatif -.-

kalah nyet nyet dlm zoo HAHAHA

kite kene sporting. cheeesee :)


HAHA. gmba gamba gayut aku tu semua sebb cikgu suruh susun buku. mmndg kn buku bersepah atas lantai aku di arah kan untuk mmnjat woohoo ~ calang calang org je bole gayut kat rak buku spbt oke HAHA. pastu ngan sepantas kilatnye lehe mrakam kn gmba aku. sukaa btol die aku jd berok kjap td HAHAH. oke kite kne chill beb huhu :DD ey, gamba akmar ta de sbb die yg snap pic pic nih. cian akmal nati aku amek gmba kau sorg sorg jep HHAAHAHA k tata titi tutu. salam 

Wednesday, December 8, 2010

hijau :)

salam ;D

hehe huhu hoho.
aku mmg pnggemar ijau. so ? ade aku kesah. sena ramai juga yg jeles dgn kefanatik an aku terhdp warna ijau nih. hehehe. jgn jeles  ~ aku nie setia org nye. kalau da suka yg tu aku akn suka smpai bila bila. hehehehe huhuhuhu. mcm faizal tahir :) hak hak. so, jgn la lg kamu mmpersoalkn ea ;DD
bju yg diplih time graduasi - hijau


katak -hijau 

jam tgn mesti -green



kereta mesti ijau juga HAHA

koleksi ijau laen akn dikongsi nati hehe. ta snap pic jep lg ;D
k tata titi tutu

Monday, December 6, 2010

tip cover malu dr teha hahahaha





  • jika diketawakan rakan kerana rakan kerana tertidur di kelas hingga meleleh air liur basi, anda hndak la terus bgun dgn keadaan separuh sedar! then, korg wat la buat buat kne sawan sambil mngeluarkn lg air liur dgn lbeyh bnyk. gerenti member korang terus panik dan berhnti ketawakn korg HAHAHA

  • kalau korang tersilap sapa org yg tak dikenali teruskn mnyapa org itu dan mnganggap korg kenal org tu dan terus bg duit kat die. alhh wat mcm korg pernah berhutang ngn die. gerenti org tu akn wat knal ngn korg juga HAHAH

  • jika ade member or org tegur sebab zip seluar terbuka, wat muka selamba je then ckp ngn pnuh rase kesian kat org tu 'eh ! kau ta tawu ke ni gaya fesyn terbaru ' atau pon korg ckp cmni 'biar rosak zip, jgn rosak akhlak' org tersebut pasti terdiam HAHA

  • kalau anda berckp sorg diri krn member tertinggal di blakakng , jgn panik ! teruskn berckp sorg sorg dan kalau korg ketawa sorg2 lg bagus. tentu org takan gelakkn anda krn mnygka anda mndpt pnykit kronik.

  • haa, ni lg best. kalau korg sala msuk tndas lelaki an, apa yg perlu anda buat adalah dgn 'berlakon' dgn mmbuat muka cemas dan resah atau pon wat muka gelabah ayam dan ckp tujuan korg msuk tndas tersebut adalh untuk mncari adik or abang korang yang dah sejam td masuk tak keluar keluar lagi !

HAHAAH. hebat akk tips nih. SELAMAT MENCUBA YA ! pasti ta de org glakkn korg lg la.
p/s; tragedi zip seluar masih tegar dlm ingtn aku. malu babun dooo !

Tuesday, November 30, 2010

evrything is from your mind ♥

SALAM. :P


btl org ckp semua perkara yng kite buat semua di kawal oleh mnda. tidak kira la secara volntary or involuntary otak kite yng mnntkan segala nya dgn izin ALLAH. saya berkata demikian krn ade kisah di sebalik smua ini. 
betul ! pnah dgar ta lagu sukan malaysia 'FIKIRKAN BOLEH' lirik die bnar bnar belaka. kalau kite fikir yg kite ta boleh lakukan mmg btul kite ta boleh buat. tp kalau kite berfikir sebaliknya, sebaliknya jga akn terjd.

pada pukl 8.00 pg, 30 hb nov 2010. saya terpksa mngmbil kertas penddidikn Islam untuk spm. and cuba bygkan saya mmg da ready da semuanya dgn selngkap yg mgkin. saya masuk kedlm dewan dgn semgt yg waja yg berkobar kobar. and pngwas mngrah sma calon untk mnulis nombor kad pngenln beserta angka giliran di kertas jawapan. saya lntas mngmbil pen dan guess what ? time na mnggenggm pen tersebt tangan saya tetibe mnggigil. saya sememngnya demam pd hari ni. tp terpksa juga mnggagahkn diri ntuk spm. bayangkn pgg pen pon ta bole bgai nak tercmpk pen th dr tgn. ni kn pula nak mnulis. 

pd saat itu hnya ALLAH sahaja yg tahu perasaan saya bagaimana. bagaikn mahu menangis dan ingin mngglkn dewan tersebut ttp lek arr malu je nangis dlm dewan wat mal kaum je. HAHA. berbekalkn ilmu motivasi yg aku hadiri bersama doa mnjd peneman diri saya mnguatkn diri. 

dalam otak saya hnya ade perkataan aku boleh ! aku boleh ! saya mnarik nafas dlm dlm dan mmksa tgn untk mnlis walapon maseh mnggigil. 
walapon tlisan saya maseh tidak elok saya still mnlis. sori yea pemeriksa. mmg ta kemas tulisan saya. saya harap anda mnanda kertas saya dlm keadaan tenang. amiinn :)
akhirnya tlisan aku mnjd normal walaupon mngmbil masa yg lame. 

btol ckp org suara minda adalah segalanya. !

Sunday, November 28, 2010

siapa setuju ketuanan melayu dibakulsampahkan?

HAA HAA! sape stuju angkt tgn ! HEY ! ntah ape ape entah sekarang nih mcm mcm. aku ni da la ta tgk tv. tau bnda ni pon dr blog mamat nih nih link die ketuanan melayu. biasa la budak spm mane smpat na tgk tv. smbg smbong, lepas aku baca isi isi yg terdpt dlm blog nih. amboiih kemain na meletup je rase. trok btul budak melayu sekarang nih sanggup meliahat ketuanan bangsa sendiri di bakul smpahkan. haiyoo. tolong la bro. kau kata kite ta jauh beza dengn israel yg terlmpau obses dgn bangsa sendiri. kau kata org melayu nie racist ! 

hey hey hey. kite ngn israel mmg jauh beza okeyh. dalam al quran pon da tulis yg ade satu bgsa di bumi akan merosakkan umat islam. ade ke melayu cm tu ? ta de an ? ade melayu mrosakkan bgsa laen ? ta de kan. soo.. ape yg bro ckp semua aku bngkang sekeras kerasnya. 

dalam blog bro ni ade tulis "Apa yang cukup istimewa pada kita sehingga kita boleh jadi TUAN kepada bangsa lain ni? Ada tertulis dalam mana-mana kitab suci ker yang kata bahawa bangsa kita ini ialah bangsa terpilih yang mendapat keistimewaan di sisi tuhan? So what make MALAY berbeza berbanding ngan bangsa ISRAIL yang fanatik ngan bangsa diaorang?"

aku ni bkn la na bajet pandai atau ape. aku ni kata nak abes sekolah pon ta lg. tgah pekse spm lgpun tp aku tahu la sala silah sejarah tanah melayu. nah kpd sesiapa yg masih jahil. sila buka buku teks tingkatan 4 bab 10 tajuk kemasukn imigran asing. sememgnya melayu mmg patut mengekal kan ketuanannya. siapa yng buka melaka ? parameswarakn ? die berasal dr mane ? dr jawa indonesia kn. bukankah mmg asalnya melayu berasal dr situ. so, takan la nak suruh orang yg masuk ke negara kita atas galakan kolonial british untuk memerintah negara kita ? tolong fikir lok lok sebelum menulis ya ! 

oke cuba korang bayang kn korang beli satu rumah. then korang letak family korang dan hidup gembira didlm rumah tersebut. k. tetiba ade org nak mntak kerja kat rumah korang pastu korang kasi la die keje jadi maid ! pastu tetibe je tak semena mena maid tu pulak yg memrintah ank2 n family korang. korang marah ke o suka tgk family sendiri diperintah ? hello malay ! wake up . 

bayangkn bangsa sendiri yg mnyuruh org lain mmerintah untuk negara die. mmg ta patut. n bro nie kate ape yg mnybbkn malay ni special hngga bolehh jd tuan ! mmg la dah kite tuan negara ni. takan bro nak tgk raja kite dr agama dan bangsa lain. n sgupkah bro melihat perdana mnteri kite bertkar tgn ke bgsa laen ?  lita rakyat bumi putera n mereka tu warganegara. sape lg berhak ? sila fikir si bijak pandai. nak ke bro tgk negara kite jd mcm negara singapore shingga nak pakai tudung pon susah ? 

bia melayu cepat melatah . bia melayu sensitif agar kpala kite ta mudah dipijak.
dan aku harap perkara 13 MEI takan berulang oleh kerana hal remeh mcm nih. 

aku sekeras kerasnye mmbakang membakulsampahkan ketuanan melayu

p/s :  entri kali ni mmg emo sikit. aku mmg bengang bila agama n bangsa aku di kutuk dan di manipulasikan oleh org yg tak berfikiran waras, n aku tulis benda benda ni mmg ta de ats hasutan dr mane mane pihak. bukak tv tgk brite pon tak. so, jgn sala kn sesiapa dlm hal ini n lastly, aku nak mntak maaf kat sape sape yg terasa atas entri aku ni. peace !

Friday, November 26, 2010

kpd bf2 sekalian cepatlah nak clash nih :)

sebenarnya saya tak suka kat awak,
tp terpaksa juga suka kat awak.

saya lagi la.. ta rindukan awak,
tp terpaksa ckp rindu juga. -.-

saya tak ingin pun nak sentuh dan belai awak,
tp saya terpksa buat begitu.

saya sebenarnya bukan sengaja maen tuka tuka ,
tp kne tuka juga mngikt semasa.

senarai bf saya spnjg 22hb nov-7hb dis

22hb - buku bm
23hb - buku bi
24hb - buku sejarah
25 &26 hb- buku math
27hb - buku agama
28, 29hb - buku admath
30, 1, 2 hb - buku physics
3, 4, 5 hb - buku chemist
6,7 hb - buku biology

akan ku tunggu detik jam 3.30 ptg didalam dewan peperiksaan pd tanggal 8hb dis. kerana pada tarikh itu aku berhrap agar aku tidak akan lg mnyntuh dan membelaimu. 
dan disaat itu juga tidak lg aku mnukar kekasihku setiap hari dan setiap saat.
kerana selama ini ak terpaksa memahamimu dan kamu sesungguhnya lgsung tdak mmahami ku

good bye buku kalian. akan ku pulangkn mu ketempat asal. iaitu bilik spbt HAHAHAHA

HAHA :D

couple
Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak... . Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang giler forever

Saya suka tengok body awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya... Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu apa pun... Berdosanye saya... .

Kesimpulannya saya memang sayang dia... Nak jumpa dia giler forever... Yang forever punye forever... Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama... Bahagia selamanya... Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami... . Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...


P/S - andai anda seorang wanita muslimah... Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu... Then kalu anda seorang muslim... Apa kata tanamkan dalam hati camtu... Cinta tu anugerah Allah... Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye... Semoga saya pun ambik iktibar jgak... Wassalam

-jgn fikir laen. saya hnya mahu berkongsi shj ;p

Thursday, November 18, 2010

kongsi kongsi


tudung maksiatSelalu org ckap permpuan bertudung bukannya baikpun, adalah perempuan yang merasa dirinya masih xckup baik or dlm makna kata masih rasa diri belum ckup sempurna untuk memakai tudung... n org ni dalam kumpulan tak memakai tudung no- 3 iaitu yg famous dgn alasan belum sampai seru....
Setiap hati pasti merasa gundah dan bersalah namun kita yang memilih seperti di bawah ni:

1) tnggulah aku kawin baru pakai
2) tnggulah aku ada anak baru pakai
3) tnggulah aku tua baru pakai...

Padahal semuanya alasan yang bermula dari satu perkara tidak berusaha utk berubah... Korang nak tggu seru?? sampai bila? setiap saat tak pakai tudung tu adalah dosa xmsuk lagi dgn ngumpat n mcm2 lagi....
Percayalah syurga takkan menunggu kita utk berubah dan menuju ke arahnya...
dan yang pastinya dalam Al-Quran pun ada menyatakan Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka berusaha mengubahnya...

Dah kalo nk tggu seru je... mane usahanya?
Macam manalah nak dpt seru... dan izin dari Allah swt utk hati kita berubah or tergerak untuk berubah...
Berusahalah untuk mula berubah...
1) Xnk pakai tudung lagi? beli je tudung simpan dalam almari...
Sekurang2nya bila bersiap tu tgok tudung teringat la skit diri ini masih xberubah lagi...
2) Kalo nk pakai tapi segan.. pakai je sorang2 dlm bilik... biar diri selesa dan yakin..
buatlah apa2 pun yang boleh wat korang suka pakai tudung... memg soalnya bukan suka ttg pakai tudung ni tapi hukum tapi sekurang2nya usaha itu ada.. dari xpenah pegang tudung pun selma hidup ini..
Biarpun sekecil 1 nano zarah usaha anda Allah swt mengetahuinya walaupun tidak tiba2 terus pakai tudung sekurangnya mulalah berfikir ttgnya.. MULAkan usaha anda..


Dan pada yang memakai tudung semata-mata fesyen aku pasti terdetik sekelumit dlm hatinya tudung ini bukan fesyen semata-mata...
Tak kira la pakai sebab fesyen or apa yg pakai tudung sekurang2 nya kurang dosa skit dari yang xpakai kn? itu mmg fakta....

YANG XPAKAI??? xknal maka xcinta... kalo dah memang xpenah nk try2 pakai tdung mcam manalah nak suka dan selesa pakai tudung....

Islam itu memudahkan... yang menyusahkknnya adalah manusia... kerana ego, keinginan membangga diri berlebihan, nafsu yang membuatkan akal untuk memilih untuk memakai tudung ditolak tepi oleh beberapa perkara ini...

Lastly... pada aku hal ini seperti orang xsmbahyang kata pada orang sembahyang>>>

"ALa ko sembahyang pun belum tentu masuk syurga"

"Ala yg pakai tudung belum tentu baik"

Akhirkata...

TEPUK KEPALA TANYA AKAL - nak kepala di bakar Api neraka ke xnak??

Wednesday, November 17, 2010

foto kenangan ptrs ;p

ASSALAMUALAIKUM ;D hehe. pnat sniping gmbar gmbar kat video kenangn ptrs smata mata nak post kat blog hehe. senanya bnyk lg gmbar tp malas la na upload hoho. spnjg belajar kat ptrs syokk bebeh bermcm mcm program yg dianjur tp yg best skli an setiap kali ade program kiteorg ta payah bayar sesen pon tusyn tu pong senanya ta payah baya HAHA, semua kementerian selangor yg tanggung huhu. 


sebelum bertolak ke kem dengkil :D baca title gmba tuh huhu
muka aku lg. gila kamera btol ;p

aikk ? ade akmar. HAHA. nie time seblm bertoloak ke kem pangsun
sementara mnunggu bas ke seminar 
hari ilmu. hehe time nih la dpt sijil m'sia book of record ;p
kwan rapat di tmpt tusyn :)
hehe. lama tunggu bas time nih
seminar bersama othman affan. bestt :D
time na g solat hajat perdana kat masjid negara
akhiirnya sampai juga bas nih -.-
bonda call okeh. bukan monyet HAHA
time makan  nie. huhu pipi kembung ;p

kami budak SPM 2010, so ?

HAHA

wokeyh bersama aisyah. :D



 da abes skola. bnyk knangn yg ta bule dilupakan. aku pon bukan lg warga smkbtho2. so, bubye smk btho2 T.T

Friday, November 12, 2010

SPM saya cepat abes. bueeks ;p

ASSALAMUALAIKUM :p

wahh pnat sungguh hr nie. blaja nye tak pong. tadi mnyibukkn diri dgn mnjd mc di jamuan perpisahn PTRS. sedeyh juga la td. naseb baek tidak mnitiskn air mata di sana. hehehe. malu i nati taww. huhu.  first time kot jd mc. pegang kertas mngeletar mngletar. tp ta pe bole train berkomunikasi dgn baek nati. :D dgar citer td an kalau dapat straigt A's pon kalau ta reti nak berkomunikasi dan mngawal emosi takan dpt punya la biasiswa.  sebb sbelum mndpt biasiswa diorng akn mnguji akal dan fikiran berserta emosi. ayt ta ole bla an ? mcm mne la test die uh. ade bdak 4 A's bole dpt biasiswa drpd budak budak straigt A's HAHAHA. so, konklusinya ta semestinya bila kamu pandai kamu bole mngurus emosi. ya ! anak anak. ;p nie la tetamu berhormat yang hadir td. TEO NIE CHING ahli parlimen serdang :-






beliau telah mmberi kata kata semangat kpada saya td." gud luck in your spm ya. do the best n beat the rest " kata beliau. huhu. sunguh baek beliau (tiada unsur politi ya ! )ckp pasal SPM. haiih lg sembilan hari. n teha u are not ready yet. physic, bio, chmist, sej, agama. blom abes baca lg. smpat ke ? haiih msti smpat punya la. kite kne FOKUS bak kata pnceramah pnceramh yng prnh aku pegi. semua berkaitan dgn fokus. tnpa fokus kamu tidak akn berjya.kerusi meja dah tersusun indah di dlm dewan dan slip peperiksaan telah pon dapat. BD121A053 nombor angka giliran saya ;p 

sekadar gmbar hiasan


fuhh naseb baek la spm budak science stream kjap je. 8hb doblas da abes da. bye bye ika. sape suruh ambil account HAHAH -bpak jahat aku. ika jgn mara haa. just kidding okeh ;p ta pe kita org tungu kau. :D
bye bye bye salam ;p 

Thursday, November 11, 2010

patung justin bieber ?

Dia muda, kaya, popular serta mengecap kemasyhuran dalam tempoh yang singkat sahaja. Dan pada masa yang sama juga, dia bijak mengambil peluang dan kesempatan. Mengetahui bahawa dia digilai oleh kanak-kanak dan remaja perempuan, Justin Bieber baru-baru ini melancarkan koleksi anak patungnya sendiri. Yelah, kalau tak dapat peluk tuan punya badan, dapat peluk anak patung pun jadilah!
Bijak sungguh!!


Koleksi anak patung itu yang diberi nama “JB Style Collection Figures,” akan memperagakan model anak patung yang menggambarkan beberapa wajah popular milik Justin Bieber. Ini merupakan koleksi anak patung versi pertama.

Versi kedua koleksi anak patung itu diberi nama “Justin Bieber Music Video Collection Singing Figures,” yang mana setiap anak patung itu mempunyai runut bunyi dari beberapa lagu popular Justin dan juga bakal dilengkapi dengan sejumlah aksesori yang menarik.

Wah!! Bestnya...!

Koleksi anak patung itu dijangka berada di pasaran pada musim luruh ini.

So, ada sesapa ke yang berminat?
 
p/s ; saya ta minat jb okeyh -.-

Wednesday, November 10, 2010

cita cita saya ~

yo yo yo. SALAM, nak spm nie an mcm mcm plak terpikir da skrg nie. ye la an nak mnjankaui detik detik perjalann sebgai seorg insan yg matang an ? tetiba pula terfikir akn kerjaya pada masa hdpn. hmm kalau saya jd :-

guru ?
haiihh harpn la sayang, saya nie da la panas baran. kuat tacing lg HAHA. kang ta pasal pasal jd roti canai pula anak anak murid aku nie. teknik mngajar pon ta tawu HAHA . ta bole ta bole tuka kerjaya laen .


polis ?
HAHAHAHAHA lg lawak. byang kan muka mcm nie jd polis bkn polis tgkp pnjnyh nati , pnjenayah pula tgkap polis HAHA. saya nie da la berlmah lbut . cheewahh HAHA. lg ta bole. hehehe

bisnes woman ?
wow. nme mcm gmpak dah. pheewitt tapi.. ta bermint la weyh. HAHA. mmilih btol saya nie an ?

tentera ?
pnah dgar lagu DUGAAN tak ? kumpulan hujan . bila dgar lagu tu mnyabb kan lbeh takut untk mnjd seorg askar. HAHA. inilah dugaannya.

lawyer ?
bonda saya kata mnjadi seorg lawyer ta bagus sgt. coz kebnyakn org yang akn masuk neraka adalah hakim. myb coz die tersalah mmbela org ke ? hmm ta tawu la. tp mmg saya ta suka jd lawyer pon. hheehe

engineer ?
hmm eengineer ? mcm best an. ayahda saya suroh saya smbung sudy kat petronas, gaji die masyukk. n physics saya pon mcm oke je . pasan sendiri ;p hehe. ni pilihan kedua saya senanya nie. oke ta oke ta ? heheeh

doktor ?
HEHEHEEHEH HAHAAHAHHA. saya mmg nak jd doktor pong pakar ortopedik . cita cita kemaen tinggi mnggunung tp.. bio cukop cukop mkn je . ta pe chaiyook teha u can do it. huhu. bio tu kacang jeh -.-

DR siti nur fatihah ;p amiin

Tuesday, November 9, 2010

faraa are-she-qeam

faraa. skrg nie citer pasal kau ! hehe suka la tu suka latu . hmm nak tawu tak die nie la kakak saya. dulu gadoh gila gila ngn die coz die kata saya nie kakak die sedangkan saya nie la yg lbeyh muda (walaupon bbrapa buln -.-) hehe. die nie seorg kakak yg suka mngalah . aikk ye ke ? n paling best tntg die nie an bile kiteorg ckp pasal T.A.N.D.A.S pasti die akn mncol kat tepi kiteorg walau di manapon die brda, senang citer die nie mmg suka berjalan la. tandas tu mcm rumah kedua die dah. hehe ;p jgn maraa ea kak. die juga seorg kakak yg sgt sweet :D senanya baru saja kenal die tahun  ni tapi mcm da rapat lme da. sbb die ddok sblh saya dlm klas. dulu an rmbut die kerinting mcm maggie. tp skrg dah lurus da da pndai mlaram da. hehehmm tu je la yg bole saya kongsi disini. kalau nk berknalan lebeyh ngn kakak saya nie klik je link nie.farah ashiqim

nie la farah ashiqim :-






rambut sebelum


rambut suda rebond hehe ;p

saya mmg suka mencapub :D

hehehehe hahaha huhuhu. sumpah annoying an ? HAHA

ASSALAMUALAIKUM  !!

wokey wokey today saya nak kongsi mngenai pen capub-an saya hehe. ok kpada sesiapa yng tidak tahu apakah maksud CAPUB itu ia mmbawa maksud mencari publisiti. ayat ini terbntuk kerana ingin mnyenangkan penyebut untuk mnybut

MENCARI + PUBLISITI  = MENCAPUB

hehehehe. gelabah gelabah ! merosakkn bahasa btol . tapi aku ikot juga. huhu oke oke. berbalik pada cerita. semalam di perhimpunan aku telah mencapub lg hehe. semasa tgah duduk di dlm barisan ada seorang pengawas yg comel mmngil saya. "akak, akak siti nur fatihah kan ? cg suroh pergi dpn akak dpt anugerah nilam " kata pengawas itu. "aikk ? bile masa pulak aku mmbaca ? setahu aku buku nilam aku 10 muka surat pon ta smpai mcm mne bole dpt anugerah nie ? " getus hatiku. saya dgn muka selambernye pegi ke depan beratur dgn penerima penerima hadiah yg lain. rupa rupanya bkn saya yg dpt hadiah. kelas saya yg dpt. anugerah kelas bnyk mmbaca. walaupon saya tidak mnyumbg saya yg pergi ambil. mncapub an ? HAHA. nah tgk muka mncapub saya hehe ;D

poket pnuh tu ;p
 

Sunday, November 7, 2010

fakta : org yg suka mmbaca fakta ialah org yg berilmu pengetahuan


1. India mempunyai Undang-undang hak untuk lembu

2. Jika anda bersin terlalu kuat, anda dapat meretakkan tulang rusuk. Jika anda cuba menahan bersin, anda boleh menyebabkan pembuluh darah di kepala dan leher pecah, dan akan menyebabkan kematian. Jika memaksa mata terbuka sewaktu bersin, bola mata boleh terkeluar dari tempatnya.

3. Nama negara Filipina berasal dari nama Raja Phillip

4. Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud

5. Kanak-kanak mempunyai 20 gigi awal. Orang dewasa punya 32.


6. Seorang ayah lebih cenderung mengukur ketinggian anaknya, manakala ibu pula mengukur berat anaknya

7. Setiap pusingan 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Pusingan ini dinamakan “Solarmax”.

8. Ada 318,979,564,000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.

9. Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi

10. Harimau adalah yang terbesar dalam keluarga kucing

11. Nombor “172″ boleh didapati di wang kertas 5 dollar amerika, pada gambar semak-semak dibawah Lincoln Memorial.

12. Pohon kelapa membunuh 150 orang tiap tahun. Lebih banyak daripada ikan yu

13. Pada poster film ‘Pretty Woman’ Julia Robets terlalu pendek untuk jadi sejajar dengan Richard Gere. Maka mereka menggunakan model Shelley Michelle sebagai tubuh Julia.



14. Tiga monyet bijak punya nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).


15. Daerah kutub kehilangan matahari selama 186 hari dalam setahun

Friday, November 5, 2010

~ya, sy jatuh cinta kat awk bkn krn Allah @ kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan......~

Alkisah. Seorang lelaki A datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan yang paling 'hot' di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang fotogeniklah katakan, cantik, menawan dan yang paling orang suka dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bkn muslim.

Saya malas mau tulis panjang lebar. So, dialog ringkas sajalah(tak juga ringkas nie). Tapi sebelum tu, biar saya bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato' entahlah Dato' apa. Saya pun tak berapa tau. Yang penting mamat ni kaya, kacak, bergaya. Nak gi kampus pon pakai kereta mewah, dah tu ada drebar pulak. Fuih, sape tengok, melopong je lah.

Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.
Alice:(memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A:  Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice: Tapi..
Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.
Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)

Seminggu kemudian. Perempuan 'hot' nie di datangi seorang lelaki lagi. Lelaki B. Yang ni, penampilan dia agak islamik'. Pakai baju Melayu siap bersongkok pulak tu. Tapi, hati dia kita tak taukan. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.

Alice: Ha, ada apa erk?
Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice:(agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B: Saya...saya...
Alice: Kenapa? cakaplah..
Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..
Alice: sebab?
 Lelaki B: Perlukah bersebab?
Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.
Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.

Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa jawapan dari sang gadis itu.

Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki. Lelaki C. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengulum senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.
  

Alice: Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..
Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice: Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.
Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C: (hanya mampu tunduk)
Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..
Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice: (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu'alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

Dua tahun kemudian.

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?
Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.
Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.
Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.
Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.
Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu: Nur Alissa Zakiyyah...

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.

Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?

Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif: Assalamu'alaikum.
Alissa: Wa'alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)
Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa: Hum.. akhirnya...
Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa: Ya.
Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?
Akif: Alice...(terharu..)
Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Akif: Sebab?
Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak...

Akif hanya tersenyum.. :)

by: iera sukri

Thursday, November 4, 2010

penat , tp berbaloi ! ;p

ASSALAMUALAIKUM,
hallo hallo. hari ini sgt penat gila gila tunggu isyak je nih. pastu na tido hehehe. mana tak nye, pg td berjalan kaki bersama awatif pergi ke mcd untuk berstudy group bersama sama syazwan dan rasyidan. thanks ya syazwan mngajar teknik teknik mnjwab soalan tu. hope bole buat la SPM nie. ! yaah u can do it teha. woohoo ~ n di masa sama juga tetibe azlan datang. yeayy ~ bnyk ilmu yg dikongsikan bersama sama mereka td.

wokeyh wokeyh, after that,  saya pergi fotostat soklan soklan coz bersmgt na wat kat uma nati hehe. then, balek uma dlm pkol 2.15. hehehe. eyh, eyh, eyh. saya berjanji dgn akmar untuk mngjar nye chemistry, dgn spntas kilat saya pulang rana belum solat lg. hmm, pastu saya pong mmcut moto saya ke rumah akmar. tak makan lg pulak tu hehe. ta pe ta pe. kite kne ikhlas. ;pp  berbotol botol air masak aku minum kat uma akmar td. die pong wat muka pelik je. hehe. saya mmg mium manyak air larh HAHA. balek pkul 5.30. hmm seronok tgk org fhm bila kite ajar. HAHA mndpt satu kepuasan walaupon kita pnat ;p ( ma, kau fhm ke ? hope kau fhm hehe ) HAHA . ma kata nak blnja aku mkn nati ? uk uk uk. hehe rezeki jgn ditolak teha. maa, kite tgal kan ika nati tau lpas pekse. die nye pekse habis lmbt lg hahaha. balek balek je, mata da brat gila gila n tetibe plak hidung sumbat. haiyoo nie mesti gara gara di mcd krn sejuk ya amat. OK OK LA. BYE BYE.

P/S tetibe je mmbhasakan diri SAYA ? HAHAHA

Tuesday, November 2, 2010

adakah anda obses pada kecantikan ?

Bagi anda yang obses kepada kecantikan, awas dengan kehadiran produk-produk berikut di pasaran. Produk-produk ini telah disenarai hitamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.







Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan
Malaysia

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:

  • Kintop
  • Body Beaus
  • BMI-9 Xylimming Capsule
  • Senna Plus Capsule
Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
  • Lami
Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:

  • Obexlim
  • Slimax Coffee
  • Beaute Fit Body Contour
  • Body Trimz


Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
  • 357 Nasal Spray
Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
  • Makjun Taufiq Dua Istimewa
  • Majun Dua Istimewa
  • Ginseng Jin Fui Wan
  • Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
  • Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
  • Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
  • Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
  • Makjun Syafiq 3 Istimewa
  • Reepo
Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
  • Air Ikan Haruan
Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
  • Eriesya Spa Beauty Cream
  • Atika Beauty Renewal Cream
  • Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
  • Ratna Sari Whitening Night Cream
  • Tia Amelia Krim Jeragat
  • Chantique Whitening Night Cream
  • RZAC White Pearl Cream
  • Nuriz Day and Night Cream
  • Elite Rias Er Cream
  • R&Z Whitening Night Cream
  • Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
  • Pigmentation Recovery Complex
  • Zara Rejuvenation Cream
  • Natasya Krim Herba Gold
  • De Putih Night Cream
Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
  • Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill
Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
  • Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
  • Qian Tong Dan
  • Raja Ubat Resdung
  • Coral Plus UA 350MG
Ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Semoga bermanfaat:-